KATEGORI :
SEKOLAH RENDAH
- Kategori A (7 – 9 Tahun)
- Kategori B (10-12 Tahun)
PENGENALAN :
Apa itu ASCII?ASCII adalah format paling biasa digunakan dalam teks fail untuk komputer dan internet. Ia mewakili Standard Kod Arithmetik untuk pertukaran maklumat dan menggunakan nombor untuk mewakili abjad dan karakter istimewa. Versi binari hanya menggunakan 0 dan 1 dalam (8 bit) untuk corak digit. Contoh : Kod ASCII 0100 0001 mewakili aksara A.
Apa tujuan ASCII dimasukkan dalam Pertandingan Mewarna Astronaut?Penggunaan ASCII dalam mewarna gambar Astronaut adalah pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah dalam sistem ‘coding’pengkomputeran, penggunaan matematik dalam versi digit 0 dan 1 serta aplikasi sains dan seni selaras penerapan pembelajaran STEM untuk generasi akan datang.
PERATURAN PERTANDINGAN :- Panduan Am :
- Sebarang kehilangan dan kecederaan adalah di bawah tanggungjawab peserta dan penjaga/guru pengiring.
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
- Hasil lukisan adalah menjadi hak milik penganjur
- Peserta :
- Terbuka kepada murid sekolah rendah
- Penyertaan secara individu
- Peralatan :
- Hanya PENSEL WARNA sahaja dibenarkan dan perlu dibawa sendiri oleh peserta.
- Kertas lukisan disediakan oleh pihak penganjur
- Teknik Pertandingan :
- Masa yang diberikan adalah selama ½ JAM untuk ‘coding’ dan 2 JAM untuk mewarna.
- Peserta dikehendaki mewarna pada kertas lukisan yang disediakan oleh pihak penganjur berdasarkan coding yang telah dibuat dan mengikut daya kreativiti masing-masing.
- Penyertaan: