KATEGORI :
A) SEKOLAH MENENGAH
- Kategori 1 – Sasaran (Target)
- Kategori 2 – Payung Terjun Berbeban (Payload)
B) SEKOLAH RENDAH – ( Darjah 4-6)
- Kategori 1 – Sasaran (Target)
- Kategori 2 – Payung Terjun ( Parachute)
PENGENALAN :
Pertandingan Roket Air ini merupakan satu aktiviti yang dipertandingkan dalam Kanival ini bagi memperkenalkan teknologi pelancaran roket air. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai ilmu sains angkasa, teori-teori dalam kejuruteraan fizikal dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains dan teknologi.
PENGLIBATAN :
- Setiap sekolah dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja yang terdiri daripada 2 peserta dan seorang guru pembimbing.
- Setiap kumpulan perlu menyertai kedua-dua kategori.
- Hanya 2 orang peserta yang terlibat dalam pembinaan dan pelancaran roket.
TENTATIF PERLAKSANAAN :HARI | MASA | AKTIVITI |
PERTAMA | 9.00 – 10.00 am | Pendaftaran Peserta |
10.00 -10.30 am | Taklimat Peserta |
10.30 – 12.30 am | Sesi Pembinaan Roket Air |
12.30 – 2.00 pm | Rehat |
2.00 - 4.00 pm | Sesi Pembinaan Roket Air |
KEDUA | 8.00 – 8.30 am | Taklimat Peserta dan Undian |
| 8.30 – 1.00 pm | Pelancaran Roket |
| 1.00 pm | Penyampaian hadiah |
**Penganjur berhak mengubah tetatif ini berdasarkan keperluan semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta dan guru pengiring.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN ( SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH)- Botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter merupakan bahan utama pembinaan sebuah model roket air.
- Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar roket yang disediakan oleh penganjur sahaja.
- Senarai bahan dan peralatan yang dibenarkan dalam Sesi Pembinaan Roket Air (Water Rocket Making Session) disediakan oleh penganjur:
Bil | Perkara | Kuantiti |
1. | Kertas putih | 20 helai |
2. | PVC sheet | 5 keping |
3. | Clear binding cover (A4) | 10 keping |
4. | Straw board / Corrugated board A4 | 1 keping |
5. | Beg plastik sampah | 5 keping |
6. | Benang | 1 |
7. | Alat Penimbang | 1 |
8. | Beban ( untuk sekolah menengah sahaja ) | 2 |
9. | Straw | 10 unit |
4. Peralatan yang dibawa oleh setiap pasukan (bergantung kepada keperluan):
Bil | Perkara | Kuantiti |
1. | Botol Plastik Minuman Berkarbonat 1.5 liter | Minima 4 |
2. | Plastisin | 1 kotak |
3. | Pensil/pen | 2 batang |
4. | Marker pen | 2 batang |
5. | Pembaris | 2 |
6. | Gunting | 2 |
7. | Pen-knife (NT Cutter) | 2 |
8. | Celulose tape | 1 |
9. | Masking tape | 1 |
10. | Binding tape | 1 |
11. | Double-sided tape | 1 |
12. | Gelang getah | 10 |
13. | One hole punch | 1 |
14. | Reinforcement ring | 1 |
15. | Cutting matt | 1 |
16. | Bedak | 1 |
**Penganjur berhak mengubah senarai bahan yang ditetapkan mengikut keperluan dan kepentingan pertandingan
PROSEDURKategori Sasaran (Target)- Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang akan jatuh pada sasaran yang ditetapkan iaitu pada 80 m (SEKOLAH MENENGAH) dan pada 60 m (SEKOLAH RENDAH)
- Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh pada sasaran, setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara dan sudut roket.
- Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi. (SEKOLAH MENENGAH ) dan 50 psi (SEKOLAH RENDAH).
- Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja. Tempoh persediaan untuk pelancaran roket air adalah tidak melebihi 5 minit.
- Roket air yang jatuh di luar zon sasaran adalah dianggap gagal. Sekiranya terdapat kurang daripada 5 pasukan yang memasuki zon sasaran, maka jarak jatuhan roket.
SPESIFIKASI MODEL ROKET AIR- Setiap model roket air bagi kedua-dua kategori harus dibina dalam Sesi Pembinaan Roket Air (Water Rocket
- Making Session). Masa pembinaan yang ditetapkan adalah 4 jam (untuk kedua-dua kategori).
- Semua peralatan dan bahan keperluan untuk pembinaan model roket air semasa Sesi Pembinaan Roket Air (Water Rocket Making Session) akan ditentukan oleh pihak penganjur.
- Sila rujuk Senarai Keperluan Bahan dan Peralatan Untuk Pertandingan.
- Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja.
- Setiap pasukan dinasihatkan membina 2 model roket untuk setiap kategori.
- Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal.
Kategori Payung Terjun Berbeban (PAYLOAD)- Setiap pasukan dikehendaki melancarkan roket air yang dilengkapi payung terjun beserta beban yang ditentukan pihak penganjur
- Catatan masa payung terjun bersama beban di udara akan dicatat. (Sebanyak tiga catatan masa oleh tiga orang hakim akan diambil bagi setiap pelancaran dan kaedah purata bagi dua masa yang paling hampir antara satu dengan yang lain akan digunakan bagi mendapatkan masa pasukan berkenaan).
- Payung terjun dan beban mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air. Sila rujuk Model Roket Air / Komponen Utama Roket Air.
- Beban mesti jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi tanpa rosak/pecah di zon pendaratan yang ditetapkan.
- Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan tekanan udara.
- Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.
- Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.
- Masa pendaratan diambil bermula dari pelancaran roket air sehingga ianya jatuh ke permukaan tanah

- Penilaian adalah berdasarkan 3 aspek:
- Masa
- Masa payung terjun bersama beban berada di udara selepas pelancaran.
- Markah tertinggi akan diberikan kepada catatan masa yang paling lama berada di udara.
- Pendaratan
- Payung terjun bersama beban jatuh dalam zon pendaratan yang telah ditetapkan.
- Fizikal Beban
- Beban berada dalam keadaan yang baik selepas pendaratan.
- Guru pengiring tidak dibenarkan berada di dewan / makmal semasa sesi pembinaan. Semua model roket yang dibina akan dikuarantinkan.
- Pihak penganjur tidak menyediakan ‘rocket stand’. Kerosakan roket sewaktu tempoh kuarantin, adalah tanggungjawab peserta.
- Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan.
PENYERTAAN:
Tarikh akhir pendaftaran : Pendaftaran telah ditutup.
Yuran Penyertaan : RM30
Lengkapkan Borang Pendaftaran di sini http://bit.ly/waterrocketstembess