INFO imageINFO image


NARATIF KARNIVAL

SMK Bentong yang terletak di Kampung Benus, Bentong merupakan antara sekolah terawal di negeri Pahang yang memperkenalkan micro:bit kepada pelajarnya. SMK Bentong juga telah terpilih sebagai MDEC #mydigitalmaker Champion School 2018. Penganjuran miRC-2019 peringkat negeri Pahang bersama Elvira Systems merupakan satu daripada program-program yang telah dirancang untuk mempromosikan program Champion School di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

KARNIVAL STEM BeSS 2019 merupakan program anjuran SMK Bentong dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah Bentong serta mendapat sokongan Elvira System Sdn Bhd dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Karnival ini merupakan satu daripada program yang menepati aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menetapkan bahawa bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik sebagai bidang yang diberikan keutamaan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Cabaran dalam karnival ini adalah para peserta dikehendaki menggunakan pengetahuan dan kemahiran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik secara kreatif dan kritis. Terdapat pelbagai konsep sains dan teknologi yang perlu difahami dan diaplikasikan oleh para peserta sebelum menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang kreatif dan inovatif.

Oleh itu, KARNIVAL STEM BeSS 2019 ini diharap dapat mencetuskan minat lebih ramai generasi muda dalam menerokai dan mengaplikasikan ilmu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dengan kehidupan manusia.


OBJEKTIF

KARNIVAL STEM BeSS SEKOLAH-SEKOLAH PAHANG 2019 diadakan bertujuan mencapai objektif-objektif seperti berikut:
  • Memilih pasukan-pasukan yang berpotensi untuk mewakili negara ke pertandingan microbit Innovation Competition ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun 2019.
  • Mencungkil bakat murid-murid dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
  • Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
  • Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum berunsurkan Inovasi Sains, Kejuruteraan dan Matematik.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING